
Malaysia perlu berani memperbaiki diri dan menegahkan kebenaran dengan meniliti 'sejarah sebenar' dan bukan ikut retorik sejarah 'acuan UMNO'.
Sejarah 'benar' Malaysia telah lama dikuburkan oleh UNMO-BN. Sejarah yang kita belajar dan mengajar adalah sejarah UMNO yang mengagong-agongkan perjuangan saudara Melayu tanpa mengabil kiri perjuangan dan pengorbanan orang bukan Melayu dalam pembentukan Malaysia sebagai 'NEGARAKU'.Maka apa yang diutarakan dan disuarakan oleh saudara bukan Melayu kebelakangan ini adalah 'pengiktirafan' ataupun the sense of recognisation dari kerajaan. Lantas sejak parti pembangkang mula menguasi quasi-kerajaan Malaysia masyarakat bukan Melayu mula memberanikan diri dan menyuarakan 'hak bukan Melayu'. Ini tidak diundang oleh sahabat Melayu dan UMNO.
Pada hakikatnya kerajaan UMNO-BN sedar akan persoalan ini namum seperti biasa mereka dalam keadaan denial. Bagi UMNO hanya saudara Melayu mempunyai hak di Malaysia. Sebalikny bukan Melayu ini adalah 'pendatang' 'pengacau' ataupun 'pengimis' yang tidak diundang oleh kerajaan UMNO.
UMNO-MIC-MCA dan kebanyakan parti komponan BN dibini berdasarkan identiti 'bangsa' ataupun 'kaum' dan bukannya berdasarkan prinsip persahabatan, kemanusian dan kesamarataan. Parti-parti ini hanya mahu menegakkan kepentingan kaum yang tidak lagi relevant untuk masa kini. Maka rakyat mula sedar akan hakikat perjuangan berdasarkan parti perkauman tidak akan membawa rahmat kepada rakyat. Lantas, rakyat mula anjak kepada perjuangan berbentuk persaudaraan, kesamarataan dan kemanusian yang mana tidak mendiskriminasikan masyarakat Malaysia. Masyarakat sudak mengorak langkah kearah perpaduan yang jitu iaitu perpaduan berpandukan prinsip persaudaraan, kemanusian dan kesamarataan tapi UMNO-BN masih lagi degil dan mahukan politik berbentuk perkauman yang sudah tidak relevant lagi bagi masyarakat moden ini.

Apabila rakyat Malaysia mendesak kerajaan UMNO untuk mengiktiraf kedudukan saudara bukan Melayu, kerajaan UMNO dan NGO Melayu tidak rasa senang dan merasakan kedudukan mereka tergugat 'NGO Cina Jangan Terlalu Menekan Kerajaan' (http://www.utusan.com.my/ dilayari pada 14/02/2010)
Kini sudah sampai masa untuk rakyat Malaysia membuat pertimbangan dalam hal pengiktirafan masyarakat bukan Melayu. Biar kita bersatu atas dasar persahabatan dan kemanusian dan bukan perkauaman. Sahabat sebenar tidak akan membelakangkan sahabat yang lain tapi perkauman akan mendiskriminasikan masyarakat atas kepentingan kaumnya. Konsep 1Malaysia mungkin akan menjadi kenyataan jikalau parti berbentuk perkauman ini dihapuskan di NEGARAKU.














